Kecek

Konflik Yemen: Sanggupkan Amerika biarkan Arab Saudi?

KENYATAAN Presiden Amerika, Joe Biden bahawa White House akan menamatkan sokongan terhadap sekutu kuatnya di Asia Barat, Arab Saudi dalam operasi ketenteraan di Yemen perlu dilihat dalam konteks yang lebih mendalam.

Meskipun secara jelas Presiden Amerika Syarikat ke-46 itu membuat janji akan turut menggantung penjualan senjata kepada Riyadh tetapi ia tidak diperincikan sama ada membabitkan yang digunakan dalam pencabulan ke atas Yemen atau secara umum.

“Perang ini perlu ditamatkan dan ditegaskan komitmen kami, mengakhiri semua sokongan Amerika terhadap operasi perang di Yemen termasuk penjualan senjata berkaitan,” kata Biden semalam..

Namun begitu, kata-kata Biden itu menampakkan sisi yang lain pula. Seperti mana presiden sebelum ini, beliau tidak akan membiarkan mana-mana kuasa atau negara “mengusik” sekutu Arab kesayangannnya itu.

“Arab Saudi berdepan dengan serangan misil, UAV dan lain-lain ancaman daripada beberapa negara yang dibekalkan senjata oleh Iran. Kami akan terus sokong dan bantu pertahan kedaulatan Arab Saudi, kawasan serta rakyatnya”, tegas beliau.


Ia satu mesej atau pesanan yang jelas bahawa Washington tidak banyak berubah. Tehran yang pernah dilabelnya sebagai ‘Negara Paksi Kejahatan’, masih kekal sebagai  seteru utama.

Sebelum tahun 2021, Riyadh berada pada kedudukan cukup selesa. Sewaktu pentadbiran Presiden Donald Trump, wakil Republican itu bermati-matian mempertahan tindakan sekutunya untuk berterusan melancarkan serangan ke atas Yemen.

Bahkan pada 2019, beliau menggunakan kuasa vetonya bagi menamatkan tindakan undang-undang yang mendesak supaya White House menamatkan sokongan terhadap Riyadh.

Kenyataan Biden kemudian dibalas Timbalan Menteri Pertahanan Arab Saud, Putera Khalid bin Salman, adik kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS), figura yang dilihat paling berkuasa dalam pentabiran keluarga As Saud ketika ini.

Dalam beberapa siri ciapan di laman Twitter, status ini menampakkan rasa kurang puas hatinya.

“Kami mengalu-alukan kenyataan komitmen Presiden Biden untuk bekerjasama dengan rakan dan sekutu bagi mencari penyelesaian konflik, berurusan dengan serangan Iran dan proksinya di rantau ini.

Pengumuman mengenai dasar baru pentadbiran Biden ketika ini dilihat tidak begitu selesa kepada sekutu lama Amerika Syarikat itu.

Sejurus selepas mengangkat sumpah bulan lalu, beliau membekukan penjualan senjata kepada Arab Saudi selain menilai semula pembayaran yang dibuat UAE. Namun, apa yang diputuskan wakil Demokrat ini masih jauh perjalanannya kerana ia baru permulaan.

Mengenali Dinasti As Saud, khususnya MBS, beliau akan menggunakan apa juga cara bagi menjaga nama dan egonya. Bagi tempoh empat tahun selanjutnya macam-macam umpan dan strategi akan digunakan.

Siapapun peneraju White House, mereka adalah insan terpilih yang dilobi Yahudi. Dalam konteks ini, ia lebih memihak kepada MBS kerana dasar dan pendekatannya yang “mesra” Israel. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button