Nasional

Jumlah vaksin diberi cecah 9 juta, 8% penduduk lengkap dua dos

SEMALAM jumlah vaksin yang diberi melebih angka 9 juta iaitu 9,006,715.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 sejumlah 8 peratus atau 2,618,316 penduduk telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Ketika ini sejumlah 6,388,399 orang penduduk atau 19.6% populasi Malaysia telah disuntik dengan dos pertama.

Sementara itu, sejumlah 206,015 dos vaksin diberikan semalam iaitu melibatkan 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua.

Kuala Lumpur masih lagi mencatatkan wilayah yang paling ramai populasi disuntik dos pertama iaitu 65.1 peratus atau 1,154,186 orang dan 3.8 peratus atau 244,709 bagi dos kedua.

Sarawak kedua tertinggi iaitu 42.5 peratus atau 1,197,283 penduduknya telah menerima dos pertama dan 10.6 peratus atau 299,593 dos kedua.

 

Wilayah pentabiran kerajaan, Putrajaya mencatatkan 39.7 peratus (43,712) populasi telah menerima dos pertama dan 25.8% (28,352) menerima dos kedua.

Keempat tertinggi adalah Labuan dengan 39% (36,813) telah disuntik dengan dos pertama dan 17.2% (17,128) lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.-SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button