NasionalPencemaran

Kilang proses telur ayam jadi petunjuk siasatan pencemaran sungai

PUNCA pencemaran sebatang sungai di Batang Benar, Nilai masih lagi disiasat, namun Jabatan Alam Sekitar (JAS) meneliti beberapa kemungkinan punca pencemaran.

Antara kemungkinan punca adalah kilang proses telur ayam yang terletak di kawasan perindustrian di Nilai 2.

Pencemaran yang berlaku di sungai terbabit menyebabkan operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan.

Bagaimanapun, laporan terperinci terhadap punca pencemaran sungai tersebut masih belum dikeluarkan.

“Mengikut siasatan setakat malam tadi, Pengarah JAS Negeri, Azuri Azizah Saedon, memaklumkan punca masih belum diketahui dan setakat ini ia berdasarkan andaian.

“Pertama, pencemaran berkemungkinan dari ladang itik di Kuala Sungai Pajam, iaitu bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Selangor.

Leachate (bahan larut resap) dari tapak pelupusan Pajam dan seterusnya dari kawasan industri Nilai 2, iaitu mungkin dari kilang memproses telur ayam.”

Kata Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S. Veerapan dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih lagi menyiasat punca pencemaran dan akan berbincangn dengan pihak berkepentingan yang berada di Batang Benar.

Malam tadi, syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, dan Sepang mengalami gangguan air tidak berjadual.

Penutupan operasi dua LRA itu menyebabkan gangguan kepada 309,687 akaun pengguna di kawasan tersebut.

Susulan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan punca pencemaran dikesan di Sungai Batang Benar.

Kedudukan sungai tersebut terletak 30 kilometer daripada LRA Sungai Semenyih. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button