Mahkamah

Kilang proses makanan akui kesalahan sebabkan pencemaran sungai

SEBUAH syarikat pemilik kilang proses makanan dan minuman mengaku salah menyebabkan pencemaran sungai apabila melepaskan efluen melebihi had ditetapkan.

Oleh demikian, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman denda, RM90,000 kepada syarikat terbabit apabila mengaku melepaskan efluen perindustrian melebihi had piawaian bagi lima parameter.

Tindakan beliau itu bertentangan dengan Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Sementara itu, syarikat berkenaan turut mengaku melepaska  efluen perindustrian melebihi had piawaian bagi satu parameter di bawah Peraturan 12(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 21 Mei 2019.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar manakala syarikat diwakili peguambela mereka.

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap penjenayah alam sekitar.

“Saya menyeru orang awam melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.”

Kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Nor Aziah Jaafar, dalam kenyataan hari ini. – SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button