Bola SepakSukan

Apa sudah jadi dengan Liverpool?

KALAH dalam sesuatu perlawanan itu merupakan perkara biasa. Tetapi apabila pasukan juara seperti Liverpool tewas 2-7 kepada pasukan di tangga bawah pada musim lalu seperti Astpn Villa ia tentunya ada yang tidak kena.

Walaupun Mohamad Salah menjaringkan duan gol, tetapi kekalahan luar biasa penyandang juara ini memang sukar diterima.

Jurulatih Liverpool, Jürgen Klopp mempersoalkan kurangnya reaksi awal setelah ketinggalan dan pemainnya seperti tiada keinginan untuk bangkit.

Pengurus itu kehilangan penjaga gawang pilihan pertama, Alisson, akibat kecederaan bahu ketika menjalani latihan – dia tidak dapat beraksi selama empat hingga enam minggu – dan pengganti, Adrián, melakukan kesilapan bertaraf amatur dengan sepakan longgar dari belakang untuk memberikan gol pertama Villa.

Gol itu dijaringkan oleh Ollie Watkins, yang dibeli dengan harga £28 juta dari Brentford, dan dia menamatkan perlawanan malam tadi dengan hatrik.

Jack Grealish pula menjaringkan dua gol sementara Ross Barkley memberikan penampilan sulung bersama Villa dengan dengan satu gol sementara satui lagi dijaringkan oleh John McGinn.

Mohamed Salah menjaringkan kedua gol untuk Liverpool pada perlawanan yang mana garisan pertahanan jauh ke atas telah menghukum mereka.

“Hampir semua orang melakukan kesalahan besar di sekitar gawang. Yang pertama jelas kesalahan Adrián, tetapi reaksi di sekitar gawang juga adalah kesalahan yang lebih besar. Kita harus mengambil risiko dan itu adalah perkara biasa tetapi kita harus melindungi risikonya dan kamitidak melakukannya.

“Setiap bola yang kami terlepas dibalas dengan serangan balas besar-besaran. Mereka lebih cepat berfikir daripada kami,” kata Klopp.

Klopp berkata, Alisson tidak mungkin dapat beraksi pada derby menentang Everton selepas rehat antarabangsa.

“Kecederaannya mungkin lebih teruk. Empat minggu mungkin, enam minggu sudah pasti,” katanya.

“Sekarang mungkin orang mengatakan mengenai Adrián. Jaringan yang pertama memang tidak bagus, tetapi saya rasa dia tidak ada kena mengena dengan gol-gol yang lain.

“Kami tidak menbantunya malam ini. Dia adalah penjaga gol yang sangat baik. Tahun lalu kami bermain 11 permainan dengannya dan memenangi hampir semua daripadanya.

“Penjaring kami tidak menjadi masalah. Bukan selalu kita dapat melihat permainan seperti ini, walaupun saya cukup tua untuk mengetahui perkara-perkara pelik boleh berlaku dalam bola sepak.

“Anda dapat melihat Aston Villa mahukan lebih dan itu yang mana ia adalah sesuatu yang saya tidak suka.

“Adakah hanya sekali? Saya mahu berfikir begitu tetapi buktinya hanya akan dapat dilihat dalam beberapa minggu atau bulan berikutnya. Permainan seperti itu tidak seharusnya berlaku, 100 peratus,” kata Klopp. – SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button