fbpx
Nasional

Kerajaan tubuh jawatankuasa tangani isu sensitif dan perkauman

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) bagi menangani dan mengendurkan ketegangan berkaitan isu sensitif dan perkauman di peringkat nasional.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata jawatankuasa itu berperanan sebagai forum rasmi bagi mengenal pasti isu dan polemik yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

“… (Jawatankuasa ini) meningkatkan sinergi agensi yang terlibat dalam menangani isu perpaduan secara bersepadu. 

“JPIP dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi, antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkenaan usaha kerajaan bagi menangani isu-isu sensitif perkauman dan keagamaan yang kian meluas pada masa kini.

Jawatankuasa itu adalah hasil usaha Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara.

— BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button