Nasional

Kerajaan sekat, larang ZIM berlabuh di pelabuhan dalam negara

PERDANA Menteri,  Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, daripada berlabuh di pelabuhan dalam negara .

Anwar dalam kenyataannya berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu, berkuat kuasa serta merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kebenaran kepada syarikat itu berlabuh di Malaysia diberikan Kabinet pada 2002 diikuti tiga tahun selepas itu pihak terbabit dibenarkan mendarat.

“Bagaimana pun, hari ini, kerajaan memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet yang lalu.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini,” kata Perdana Menteri Anwar.

Anwar juga berkata, berkuat kuasa serta merta, Malaysia juga melarang kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan,” katanya. – SM

BACA Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusian ke Gaza – Zambry

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button