Nasional

Penipuan SMS: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan Telco ditahan

Seorang bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan SMS.

Perintah reman sehingga 22 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Ini menjadikan jumlah penahanan reman berkaitan kes sindiket penipuan SMS adalah seramai 17 orang.

Menurut sumber, wanita berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 11 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

“Pada hari yang sama, seramai tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang pegawai syarikat telekomunikasi dibebaskan dengan jaminan.

“Difahamkan, mereka yang terlibat dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.” katanya

Jelas sumber, nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button