NasionalNegeri

Kanak-kanak beri sambutan hebat Program Rezeki Subuh di Perlis

SAMBUTAN hebat, itulah yang boleh dikatakan berhubung perkembangan Program Rezeki Subuh untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun yang diberikan “hadiah” RM3 apabila hadir ke masjid untuk solat Subuh secara berjemaah.

Antara kanak-kanak yang hadir pada Program Sedekah Subuh di Masjid Al-A’la di Behor Temak, Kangar.

Perkara ini diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor selaku penganjur program ini.

Mohd Nazim berkata, perkembangan baik ini dilihat setelah ia dilaksanakan lebih seminggu lalu di 101 buah masjid di negeri ini.

Program selama 40 hari ini telah dimulakan pada 1 Februari lalu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan melancarkan program tersebut baru-baru ini.

MAIPs telah memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 untuk pelaksanaan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan Solat Subuh berjemaah.

Mohd Nazim berharap, menerusi program ini bukan akan menggalakankanak-kanak ke masjid malah meningkatkan lagi jumlah jemaah khususnya ahli keluarga untuk bersolat Subuh seperti Solat Jumaat.

Mohd Nazim Mohd Noor

Sementara itu, antara masjid yang memuatnaik status di Facebook (FB) mengenai program ini termasuk Masjid Al A’la Behor Temak Kangar.

Dalam hantaran itu, jelas menunjukkan ramai kanak-kanak dari kariah ini hadir menunaikan solat Subuh berjemaah.

Lebih menarik, masjid ini juga turut menyediakan sarapan nasi lemak untuk para jemaah.

Juga dinyatakan jumlah saf jemaah semakin bertambah setiap hari apabila kanak-kanak dibawa oleh ahli keluarga masing-masing.

Sebenarnya usaha Perlis menggalakkan kanak-kanak ke masjid telah pernah dilaksanakan sebelum ini.

Program Rezeki Subuh Jemaah Junior telah dilancarkan oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin selaku Pengerusi Masjid Alwi di masjid berkenaan pada 12 Mei 2022. – SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button