Nasional

Remaja didera bapa kerana keluar cari ibu kandung

SEORANG remaja berusia 16 tahun dicucuh dengan colok yang masih terbakar di bahagian kaki oleh bapanya kerana disyaki keluar rumah untuk mencari ibunya.

Kejadian itu berlaku di Sungai Jelok, Kajang selepas satu laporan polis dibuat pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dera itu berlaku pada 4 Julai lalu dengan menggunakan rotan dan colok yang masih tebakar.

“Colok itu telah dicucuh ke bahagian tapak kaki kerana mangsa keluar rumah pada 2 Julai lalu.

“Nenek mangsa yang tinggal bersama mangsa dan saspek, telah membawa mangsa untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Tertekan pedal minyak, dua wanita bersama bayi dirempuh

Menurut Zaid, mangsa juga mengatakan yang dia telah didera sejak berusia 13 tahun memukulnya dengan menggunakan rotan akibat keluar dari rumah.

Jelasnya, suspek mendera mangsa kerana mengesyaki dia mencari ibunya yang selepas suspek berpisah sejak tahun 2009.

“Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kiri kanan dan kiri serta tapak kaki.

“Pada hari laporan dibuat, mangsa keluar dari rumah dan berjumpa dengan rakannya untuk mengadu dia dicederakan oleh saspek.

“Rakan mangsa telah membawa mangsa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan polis,” jelasnya.

BACA> Ford Mustang paling laku di SMI Cars

Jelasnya, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing telah ditahan reman selama tiga hari.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button