Nasional

Masjid perlu tolak sebarang unsur berkaitan politik

INSTITUSI masjid perlu menjadi satu pusat yang menyatupadukan masyarakat tanpa mengira sebarang pendirian politik.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar yang menganggap bahawa masjid perlu menolak sebarang unsur politik di dalamnya.

“Selain menolak sebarang unsur politik untuk masuk ke dalam masjid, institusi ibadah ini memainkan peranan penting sebagai wadah untuk mendekati masyarakat.

“Masjid perlu mendekati golongan muda agar mereka dapat diperkasakan sahsiah diri dan mengelakkan daripada aktiviti yang tidak bermoral,” katanya.

masjid
BACA> Remaja didera bapa kerana keluar cari ibu kandung

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Santuni Jawatankuasa Kariah & Pengerusi Masjid Sesi 2020 – 2023 Parlimen Bandar Tun Razak Sempena Meraikan Aidiladha 1441H bertempat di Dewan Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, pagi tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua Pengerusi/ Ahli Jawatankuasa masjid dalam Parlimen Bandar Tun Razak.

politik

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, masjid perlu sentiasa memikirkan kaedah-kaedah baru terutamanya dalam pembinaan sahsiah umat dalam negara.

“Kita mahu masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, tetapu juga tonggak utama dalam pembinaan kerohanian.

BACA> Abdul Azeez tidak berniat hina kaum India

“Justeru, institusi masjid perlu bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan lain-lain institusi agar dapat menjalankan fungsi dengan lebih berkesan,” jelasnya. -SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button