Luar Negara

Jumlah korban Covid-19 di seluruh 160,000 orang

JUMLAH korban COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat pada Ahad, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University lapor agensi  berita Anadolu.

Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.

AS terus menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu, dengan kes jangkitan sebanyak 734,550 dan korban melebihi 38,830 kematian.

Diikuti Itali mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi  194,410.

Virus maut itu telah merebak ke 185 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember.

Menurut  BERNAMA Lima negara Arab melaporkan peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

Di Algeria, 116 kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan 2,534 manakala  894 pesakit sembuh. Tiga lagi kematian dilaporkan, keseluruhan berjumlah 367 orang.

Di Mesir, 19 kematian lagi dilaporkan, keseluruhan berjumlah 224 dengan 3,032 kes jangkitan.

Dua kematian dilaporkan di Maghribi, merekodkan korban setakat ini seramai 137 orang, manakala jumlah kes jangkitan 2,685.

Di Iraq tambahan satu kematian menjadikan keseluruhan 82 orang dan 1,513 kes.

Sementara di Jordan kes postif meningkat kepada 423, tambahan sebanyak enam lagi kes.

Sejak pertama kali dikesan di China Disember lalu, COVID-19 telah mengancam sekurang-kurangnya 185 negara serta wilayah di dunia, menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat paling teruk terjejas.

Sementara itu, Ratu England, Ratu Elizabeth II,  tidak akan mengadakan perayaan khas sempena ulang tahunnya yang ke-94 disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.
Baginda turut menitahkan acara tradisi tembakan penghormatan juga dibatalkan dan bendera negara tidak perlu dikibarkan di bangunan kerajaan jika ia boleh  menimbulkan masalah.

Ia pertama kali Ratu Elizabeth II bertitah sedemikian selama 68 tahun pemerintahannya.

Baginda dan pewaris takhta Britain, Prince Charles diuji positif COVID-19 pada bulan lalu, tetapi telah sembuh.

Pada Sabtu, Jabatan Kesihatan Britain melaporkan jumlah kematian akibat virus itu di United Kingdom seramai 15,464 orang.

Sejak pertama kali dikesan di China Disember lalu, COVID-19 telah mengancam sekurang-kurangnya 185 negara serta wilayah di dunia, menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat paling teruk terjejas.

Wabak maut itu sudah meragut lebih 158,600 nyawa, dengan lebih 2.3 juta orang dijangkiti, menurut data Johns Hopkins University.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button