NegeriPolitikUncategorized

JPN Perlis tangkis dakwaan larang gantung gambar MB

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Perlis hari ini menangkis dakwaan bahawa telah mengeluarkan arahan supaya pihak sekolah tidak menggantung gambar Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Pengarahnya, Naharudeen Othman berkata, beliau agak pelik apabila timbul isu ini kerana bagaimana maklumat berkaitan larangan itu diperoleh.

Berikutan itu katanya beliau telah menghantar surat penjelasan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung isu ini.

Malah surat juga dihantar ke pejabat Menteri Besar sebagai pencerahan terhadap perkara yang sama.

Naharudeen berkata, kedua surat ini telah dihantar pada minggu lepas.

Sebelum ini, akhbar perdana melaporkan Mohd Shukri mededahkan gambarnya tidak dibenarkan digantung di sekolah-sekolah di Perlis.

Beliau yang terkilan dengan tindakan tidak demokrasi itu berkata, beliau mendapat maklumat ini dari rakan-rakan guru baru-baru ini di mana hanya gambar Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan sahaja digantung.

Naharudeen menyifatkan, perkara tidak menggantung gambar itu sebagai kealpaan pihak sekolah yang mungkin terlepas pandang.

Katanya, kalau ada hanya melibatkan satu dua buah sekolah saja.

Bagaimanapun katanya, dua surat telah dihantar pada pihak sekolah.

“Ia mengenai kenyataan JPN Perlis tidak pernah halang gantung gambar Menteri Besar dan satu lagi arahan gantung gambar Menteri Besar,” katanya

Sebelum ini katanya ada berlaku ketidakselarasan pemilihan gambar Menteri Besar iaitu “lounge suit” dan pakaian kebangsaan pada pihak sekolah.

Katanya, gambar Menteri Besar berbaju kebangsaan itu yang diterima pakai untuk digantung di semua sekolah. – SM

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button