BeritaNasional

Johor umum perubahan waktu Subuh dalam tulisan jawi

JOHOR umum waktu solat Subuh lewat lapan minit bermula tahun hadapan

Perkara itu disahkan Muftinya, Datuk Yahya Ahmad selepas mengambil kira faktor kedudukan darjah matahari.

Yahya dalam satu kenyataan menjelaskan perubahan itu juga dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai ketua agama Islam bagi negeri itu.

“Perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri Johor ditambah lapan minit daripada waktu Subuh semasa berkuatkuasa 1 Januari 2020.

“Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit fajar sadiq daripada 20 darjah kepada 18 darjah,” katanya.

Yahya berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, lebih menarik perhatian, kenyataan itu dibuat dalam tulisan jawi dan rata-rata netizen memuji Kerajaan Negeri dalam memperkasakan tulisan itu.

Ditengah-tengah kancah konflik tulisan Jawi dan pendirian Dong Zong, netizen berpandangan ini adalah satu contoh yang baik perlu diikuti.

Johor adalah negeri yang sinonim dengan penggunaan tulisan Jawi oleh penduduknya.

Malah tulisan jawi di sana turut menjadi tradisi dalam majlis-majlis tertentu walaupun tidak digunakan secara meluas dalam komersial. – SM

(Visited 1,626 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button