Nasional

Saudi Arabia perkenal dua aplikasi baharu sempena musim haji

KUALA LUMPUR: Arab Saudi memperkenalkan tiga aplikasi pintar termasuk dua aplikasi baharu sempena musim haji 1443 H bagi memudahkan urusan jemaah haji ketika berada di tanah suci.

Jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Hesham A. Saeed, dalam temu bual dengan stesen TV Arab Saudi baru-baru ini, berkata dua aplikasi baharu itu ialah ‘al-Munazzimin’, yang khusus untuk agensi yang menguruskan jemaah haji dan mengandungi maklumat penting seperti tarikh pergerakan jemaah haji di Mina dan Arafat; dan ‘al-Amilin’ untuk membolehkan kakitangan haji membantu jemaah haji.

Beliau berkata aplikasi ‘al-Haj al-Zakiyy’ (aplikasi Pintar Haji), yang mula diperkenalkan pada musim haji lalu, kini telah dikemas kini dan sedia untuk digunakan oleh semua jemaah haji dari dalam dan luar Arab Saudi.

“Dengan hanya mengimbas kod bar pada aplikasi ini, petugas haji boleh membantu jemaah yang hilang contohnya kerana semua maklumat jemaah seperti status kesihatan dan nombor khemah sedia untuk dipamerkan,” katanya.

 

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button