NasionalNegeri

Penjawat awam Perlis terima bonus setengah bulan gaji

BERITA gembira untuk 1,300 penjawat awam di Perlis apabila bakal menerima bonus setengah bulan gaji tertakluk kepada minimum RM2,000.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini akan dibuat pada akhir Februari 2024.

Sebahagian ketua jabatan di Perlis yang menghadiri pembentangan Belanjawan 2024 Perlis dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di Kangar hari ini. – Gambar Ihsan FB SUK Perlis

Pengumuman oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli ini dibuat semasa beliau membentangkan Belanjawan 2024 Perlis dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di Kangar hari ini.

“Ia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Mohd. Shukri berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mulai tahun 2024 untuk menambahbaik kemudahan kepada pegawai lantikan secara kontrak seperti cuti bersalin, cuti isteri bersalin, cuti kuarantin dan cuti hospitalisasi.

Katanya, pelaksanaan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada seramai 154 orang pegawai lantikan kontrak.

Selain itu tambahnya, bagi menghargai jasa dan sumbangan pegawai lantikan kontrak di bawah Kerajaan Negeri, tawaran kadar gaji baharu akan dilaksanakan mulai tahun 2024.

Beliau berkata, ia selaras dengan peningkatan yang bersesuaian melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM93,000.

“Pastinya cadangan ini adalah seiring dengan Manifesto Kerajaan Negeri yang memberi fokus kepada kebajikan rakyat Perlis,” katanya. – SM

BACA Bonus penjawat awam mesti ikut prestasi

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button