NasionalNegeri

Covid-19: Selangor Job Fair 2020 esok ditangguh

SUSULAN peningkatan membimbangkan iaitu 260 kes jangkitan Koronavirus (Covid-19) yang direkodkan kelmarin Selangor Mega Job Fair 2020 ditangguh.

Program yang sepatutnya berlangsung esok sehingga Ahad, ditangguh apabila Selangor mencatatkan 13 kes baharu di negeri itu.

Hal demikian membimbangkan apabila program tersebut dijangka bakal menerima kunjungan hampir 10,000 pencari kerja di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.

“Atas atas pandangan dan nasihat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC), maka Program Selangor Mega Job Fair 2020  ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

“Jumlah positif yang semakin meningkat sejak beberapa minggu yang lalu telah menimbulkan keresahan banyak pihak.

“Program Selangor Mega Job Fair 2020 yang dirancang pada 3 dan 4 Oktober 2020 telah menerima pendaftaran berjumlah 8,150 secara atas talian.”

Demikian penjelasan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan negeri prihatin dan mengambil berat terhadap situasi pandemik.

Justeru, program sedemikan adalah berisiko untuk diteruskan kerana bimbang akan menyebabkan peningkatan kes di Selangor.

“Kerajaan Negeri mengikuti perkembangan semasa berkaitan peningkatan kes kumulatif Covid-19 di Selangor kepada 2,007 kes tempatan termasuk 13 kes baharu di dalam Negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan sehingga ke hari ini, khususnya JobsMalaysia Negeri Selangor,” ujarnya.

Terdahulu Mohd. Khairuddin memberitahu mengenalpasti 24,500 peluang pekerjaan di seluruh Selangor ketika melancarkan kempen Selangor Bekerja pada 15 September lalu.

Sebagai permulaan, kerajaan negeri menyasarkan 15,000 pengunjung disusuli dengan penganjuran karnival kerjaya di setiap daerah seluruh Selangor.

Program tersebut adalah bagi mengimbangi impak pandemik yang menyebabkan peningkatan kadar pengangguran di negeri itu.

Malah sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu turut mengunjurkan kadar pengangguran Selangor sehingga hujung tahun ini adalah 4.2 peratus. – SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button