Nasional

Bonus penjawat awam mesti ikut prestasi

PEMBERIAN bonus kepada penjawat awam wajar berdasarkan prestasi sepanjang tahun dan akan membantu meningkatkan kualiti kerja mereka.

Berbanding sekarang, pemberian bonus adalah kepada semua penjawat awam dilihat seperti ihsan kerajaan kepada mereka.

Oleh demikian, kaedah pemberian bonus sekarang dilihat tidak adil kepada pekerja atau jabatan yang melakukan kerja lebih.

Malah, pemberian sedemikian juga menanam sikap mudah puas hati dan tidak mewujudkan persaingan dalam kalangan kerja untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Justeru, sektor awam perlu menggunakan cara pemberian bonus yang digunakan sektor swasta seperti kaedah ‘Bell Curve’ digunakan ahli ekonomi.

“Pemberian bonus secara sama akan menanam sikap mudah puas hati.

“Dengan ‘Bell Curve’, prestasi kerja 5% teratas akan dapat ganjaran terbanyak walau apapun pangkatnya.

“Prestasi kerja 5% terbawah akan dapat sedikit atau tiada bonus, dan prestasi kerja sederhana akan dapat ganjaran sederhana. Itu barulah adil.”

Demikian kata seorang ahli ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam seperti dilapor portal Free Malaysia Today hari ini.

RAMON NAVARATNAM

Beliau berkata demikian membantah kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat yang menyifatkan kaedah sedemikian akan merendahkan motivasi kakitangan awam.

Katanya, sektor perkhidmatan awam harus dilihat bergerak sebagai suatu pasukan yang besar dan bukan ‘one man show’.

Dalam pada itu, Navaratnam yang juga bekas Setiausaha Perbendaharaan itu jumlah bonus juga perlu sesuai dengan Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK).

Katanya, ketika ekonomi meleset dengan KDNK menguncup 17.1% pada suku kedua 2020 – bonus yang lebih rendah penting untuk Belanjawan.

“Kita mesti tunjukkan prinsip pengurusan fiskal yang baik ketika ini. Apabila ekonomi bertambahbaik, lebih banyak bonus boleh diberikan,” jelasnya. – SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button