NasionalNegeri

Rancangan FGV di Chuping diharap beri limpahan ekonomi Perlis

TANAH FGV Holdings Berhad di Perlis seluas 3,400 hektar yang dirancang untuk menyokong Dasar Sekuriti Makanan Negara jika menjadi realiti kelak bakal memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.

Ia yang melibatkan tanaman jagung bijian seluas 3200 hektar dan 200 hektar lagi untuk cadangan pembangunan ladang tenusu harap segera disegerakan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis perasmian Majlis Tautan Kasih FGV Holdings Berhad dan MAIPs di perkarangan Kompleks FGV Chuping Agro Valley.

Strategi kepelbagaian perniagaan oleh pihak FGV Holdings Berhad di kawasan FGV Chuping Agro Valley (CAV) Perlis juga secara tidak langsung diharap dapat meningkatkan lagi sumbangan bermakna kepada rakyat dan negara melalui penyediaan peluang pekerjaan untuk rakyat Perlis.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Tautan Kasih FGV Holdings Berhad dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di perkarangan Kompleks FGV Chuping Agro Valley.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada asnaf pada majlis perasmian Majlis Tautan Kasih FGV Holdings Berhad dan MAIPs di perkarangan Kompleks FGV Chuping Agro Valley.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV, Datuk Mohd Nazrul Izam Mansor serta Pengurusan Kanan FGV.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Majlis ini dianjurkan untuk menyalurkan dana zakat perniagaan bernilai RM200,000 oleh Kumpulan FGV kepada pihak MAIPs dan beberapa bantuan lain.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyerahan replika pada majlis perasmian Majlis Tautan Kasih FGV Holdings Berhad dan MAIPs di perkarangan Kompleks FGV Chuping Agro Valley.

Datuk Mohd Nazrul Izam turut menyampaikan sumbangan berupa van jenazah kepada Felda Mata Ayer, ‘Contract Farming’ kepada tiga penerima dan sumbangan kepada 27 orang asnaf terpilih daripada kariah tersebut sambil disaksikan oleh Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga bertitah supaya pembangunan Chuping Agro Valley (CAV) yang mengandungi komponen pertanian dan pembangunan industri pertanian yang lain juga harus diselaraskan dengan baik.

Malah ia harus digerakkan supaya kawasan FGV yang luas di Chuping dapat diaktifkan dan sekaligus dapat memberi persepsi positif kepada rakyat dan pelabur yang banyak menggunakan laluan Jalan Persekutuan Ulu Pauh-Padang Besar sebagai jalan utama.

Diharapakan segala perancangan FGV di Perlis ini dapat dilaksanakan dengan baik dan diyakini kerjasama penuh akan diberikan oleh Kerajaan Negeri khususnya Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan badan-badan bertanggungjawab yang lain.

Pemangku Raja turut menzahirkan terima kasih ke atas pihak Kumpulan FGV atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada penerima dan golongan yang memerlukan.

Semoga hubungan baik Kumpulan FGV dengan Kerajaan Negeri Perlis berkekalan dan lebih banyak lagi kerjasama ekonomi dapat diwujudkan pada masa akan datang.

Untuk rekod, FGV merupakan sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda makanan dan produk agri yang lestari serta merupakan antara pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar dunia.

70 peratus daripada Buah Tandan Segar (BTS) telah diperoleh dari peneroka FELDA dan pekebun kecil.

Faktor ini menjadikan FGV sebuah syarikat yang mengutamakan tanggungjawab sosial dalam pertumbuhan ekonomi negara. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button