Hiburan

Bila masa saya menikah – Erra Fazira

Oleh AINA ARISYA ABDULLAH

ERRA Fazira mengaku masih belum menamatkan zaman janda dan sekali gus, menafikan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang bertaraf Menteri.

Kecoh di media sosial yang mendakwa kononnya Erra telah berrkahwin dengan Menteri berkenaan yang membuat pengakuan pernah berkahwin sebelum ini.

Kata Erra, berita yang tersebar mengatakan beliau telah berkahwin dengan Menteri tersebut adalah tidak benar dan sekadar khabar angin.

Pelakon dan penyanyi yang berusia 47 tahun ini sekali lagi menegaskan, statusnya ialah ibu tunggal dan memohon agar orang ramai menghentikan segala spekulasi terhadap dirinya.

Pada masa yang sama, beliau juga memohon doa yang terbaik jika dipertemukan jodoh pada masa akan datang.

“Benar. Apa yang pasti saya masih lagi bergelar ibu tunggal.

“Rasanya cukuplah bercakap mengenai status. Saya bukan muda lagi untuk dikaitkan dengan kisah cinta atau kahwin yang tidak kesampaian.

“Jika ada jodoh pada hari yang mendatang, tolong doakan yang terbaik untuk saya dan semoga ia akan kekal hingga ke syurga,” katanya.

Sebelum ini, Primadona Alaf Baharu itu pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan juara program realiti televisyen, Shahir Zawawi tetapi hubungan itu tidak ketepi, tidak ketengah. – SM

(Visited 660 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button