Ekonomi

Artroniq terajui revolusi E-Motor di Malaysia

 Artroniq Berhad (Artroniq) pesaing utama di Pasaran ACE, telah melakar landskap baharu dalam industri kenderaan elektrik Malaysia melalui pengenalan United E-Motor.

Hasil kerjasama dengan jenama motosikal elektrik utama pengeluar Indonesia PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI) Artroniq melangkah ke hadapan dengan komitmen terhadap inovasi mampan, menjanjikan peluang pelaburan yang menarik.

Ia direalisasikan melalui pelancaran motosikal elektrik model TX3000 dan TX1800.

TX3000 mempunyai kelajuan sehingga  90 km/j dan jarak 120 km dengan sekali cas, manakala TX1800 mengecas dari 0-80% dalam masa 1.5 jam sahaja.

Kedua-dua model melambangkan kemudahan moden dengan ciri seperti Bluetooth terbina dalam, aplikasi mudah alih khusus dan banyak lagi.

Kerjasama antara United E-Motor jenama Indonesia berpengalaman dan Artroniq Bhd adalah bukti startegi pandangan jauh Artroniq.

Selain itu, Malaysia menjadi negara sulung yang mengalu-alukan jenama Indonesia yang ikonik ini, Artroniq dijadualkan membuka kedai berkonsepkan pengalaman di tiga lokasi utama, memperkasakan jejak dan kebolehcapaiannya.

Ketua Pegawai Kewangan Artroniq, Marcus  berkata,  kerjasama itu menandakan satu langkah penting dalam perjalanan Artroniq ke arah memupuk mobiliti elektrik yang mampan dalam pasaran Malaysia.

Katanya, mereka gembira dapat bekerjasama dengan PT. Terang Dunia Internusa, perintis dalam bidang ini.

“Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran tetapi juga menjadi bukti komitmen kami ke arah menawarkan penyelesaian terobosan untuk pemegang kepentingan kami.

“Saya yakin perkongsian kami dengan United E-Motor akan membuka kunci nilai yang tiada tandingan untuk pelabur kami dan menyumbang untuk masa depan yang lebih hijau,” katanya

Perlu diperhatikan bahawa motosikal elektrik tercanggih ini merupakan mod pengangkutan yang dipilih untuk pemimpin dunia pada sidang kemuncak G20 2022.

Dengan Artroniq menerajui pengenalan ini, pelabur dan pengguna Malaysia boleh menjangka kesan transformatif terhadap landskap pengangkutan negara.

Memandangkan sinergi antara warisan United E-Motor dan keupayaan teguh Artroniq, perkongsian itu bersedia untuk pertumbuhan mampan. Usaha ini menerokai dalam pembuatan bateri motosikal elektrik, pengecas dan konsep stesen pertukaran bateri menyerlahkan cita-cita dan potensi Artroniq untuk pertumbuhan yang meluas.

Sehingga 27 Oktober 2023, harga saham Artroniq ialah RM0.85, mewakili modal pasaran RM342.0 juta. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button