Luar NegaraRencah Hidup

Ingin Hidup Lebih Lama, Wanita Sanggup Minum Kencing Sendiri

SEORANG Ibu yang menghidap penyakit kanser ketagih minum air kencing sendiri dan percaya dengan minum air kencing boleh memanjangkan hidupnya.

Carrie, 53, dari Colorado, Amerika Syarikat, menyifatkan air kencing rasa seperti minuman keras dan dia mengambilnya lima gelas setiap hari.

Carrie berkata kepada TLC’s My Strange Addiction bahawa dia suka kencing panas kerana ia menenangkan.

“Air kencing saya memang berbau bergantung pada apa yang saya makan, kadang-kadang rasa masin, kadang-kadang rasanya seperti Champagne.

“Hari ini ia rasa agak berbeza daripada yang dilakukan empat tahun lalu.

“Anda boleh merasakan perkara yang berbeza melalui badan anda, ada perkara-perkara tertentu yang saya tidak suka makan lagi kerana mempunyai rasa yang teruk apabila dicerna,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa dia tidak lagi makan asparagus kerana membuatkan air kencingnya rasa teruk.

Tabiat Carrie itu bermula sejak empat tahun lalu selepas dia didiagnosis menghidap melanoma iaitu sejenis kanser kulit

Carrie telah diminta untuk melakukan kemoterapi tetapi dia memutuskan untuk menolak dunia perubatan malah dia mula minum air kencing sendiri. -SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button