Rencah Hidup

Syarikat penerbangan domestik menyusahkan penumpang

KISAH minggu lepas tidak basi dan boleh berlaku berulang-ulang kali ke atas kita Keluarga Malaysia yang rata-rata, memilih untuk tidak kecoh-kecoh.

Memang nawaitu bukan mahu bikin kecoh tetapi satu pengajaran kerana insiden ini bukan sahaja menyusahkan mangsa tetapi membuatkan mangsa terlepas acara.

Majlis bertandang pengantin adalah salah satu acara majlis perkahwinan mengikut kita adat orang Melayu. Keterujaan nak menghantar adik sepupu bertandang membuatkan tempahan tiket penerbangan dibuat sejak 13 September lagi.

Masa tempahan tiket, 11 pagi dan tarikhnya ialah pada 24 September 2022. Ya Sabtu lepas. Semestinya beli tiket penerbangan pergi dan balik. Yang penting ialah masa dan tarikh penerbangan.

Beli tiket penerbangan, butiran diri diberi dan sudah tentu, harga tiket dibayar secara dalam talian atau online. Sudah senang hati, tiket penerbangan pergi-balik dilunaskan bayarannya. Buat juga tempahan penginapan dan kereta untuk disewa.


Apa yang berlaku, memang istilahnya ialah TERKEJUT BERUK. Sehari sebelum nak terbang, diberikan emel memaklumkan bahawa masa penerbangan telah ditukar, BUKAN PUKUL 11 PAGI sebaliknya pukul 6.25 PETANG pada tarikh yang sama.

Aiee, sesuka hati menukar waktu penerbangan tanpa merujuk kepada penumpang atau yang membeli tiket penerbangan.

Segala-galanya hancus. Nak hantar pengantin bertandang kejadahnya sebab rombongan nak hantar ialah sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Apabila syarikat penerbangan sesuka hati mak bapa dia tukar masa penerbangan, waktu tiba di lapangan terbang Kuantan, nasi minyak sudah tinggal kerak, ayam tinggal tulang.

Tak kisahlah bab makan nasi minyak tetapi hasrat dan hajat di hati nak menghantar, sama-sama dengan ahli keluarga lain pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki, hancur berderai.

Kalau nak batalkan penerbangan, jawapan daripada khidmat pelanggan, “OH CIK. KITA TIDAK BOLEH REFUND SEBAB BELI TIKET TIDAK SECARA DIRECT DENGAN MALAYSIA AIRLINES. CIK BELI MELALUI THIRD PARTY (AIRASIA).”

Pening… SHULIT…. Beli AirAsia naik KAPAL MAS dan memang NO REFUND. Tak yah pening kepala, naik jugalah kapalterbang. Terbang ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Sampai pun dah lepas azan Maghrib.

Bayar sewa kereta, pandu ke Kijal, Kemaman. Check in penginapan, pergi ke homestay ahli keluarga lain menginap dan berkumpul. Pengantin perempuan, adik sepupu, dah tukar uniform, pengantin lelaki dah pakai kain pelikat dan t-shirt.

Itulah angkara syarikat penerbangan tukar masa penumpang tanpa rujuk terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan. Agaknya bukan seorang dua yang terkena, mungkin ramai tapi tak kecoh.

Ada yang bertanya, “KENALKAN ORANG BESAR DALAM AIRASIA?”

Jawapan, “YA. KENAL.” Tapi kes ini akan dipandang sebagai kes terpencil dan tidak memberi impak atau kesan kepada syarikat penerbangan tambang murah, boleh tukar masa penerbangan penumpang sesuka hati dan tidak ada tanggungjawab sosial terhadap pelanggan.

Kita ada sebab tertentu mengapa pilih naik kapalterbang. Kita ada sebab tersendiri mengapa pilih masa yang dikehendaki. Tapi mereka ubah atau tukar masa penerbangan tanpa perlu BAGI SEBAB. SHULIT sungguh! – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button