fbpx


Berita

Himpunan bantah cubaan hidupkan ideologi komunis

PARIT BUNTAR 6 Dis. – Lebih 300 orang menyertai himpunan aman membantah tindakan pihak tertentu yang dilihat cuba menghidupkan semula ideologi komunis di negara ini.

Himpunan yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Parit Buntar,
Ahmad Shahrin Azhar juga mendesak pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat.

Menurut Ahmad Shahrin, pelbagai isu telah dimainkan oleh pihak tertentu termasuk membawa balik abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dari Thailand ke negara.

Beliau kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil setelah kes itu disiasat.

“Kekejaman komunis tidak akan terpadam dalam lipatan sejarah negara walau pun seribu tahun lagi.


“Ramai askar dan polis yang terkorban dan cedera sewaktu mempertahankan negara daripada ancaman pengganas komunis.

“Jangan ada pihak ambil kesempatan untuk mengubah sistem pemerintahan negara kita yang berpaksikan Raja Berperlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi,” katanya ketika ditemui pada himpunan tersebut di sini hari ini.

Laporan polis juga dibuat di Ibu pejabat Polis ((IPD) Kerian di sini meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dilihat cuba menghidupkan semula ideologi komunis . – Perak Gazette

Show More

Related Articles

Back to top button