Nasional

Dalam komunis tahi pun jadi harta kerajaan

GERAKAN fahaman komunis perlu dibendung dan tidak boleh dibenarkan bertapak yang suatu ketika pernah melakukan percubaan untuk merepublikan negara ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar berkata, fahaman komunis di negara ini pada tahun 60-an banyak dipengaruhi oleh Soviet Union dan China.

“Tetapi hari ini Rusia sendiri bukan komunis, Putin pun tak setuju dengan Lenin (pemimpin komunis Soviet).
“China pun kapitalis besar tetapi perlukan parti Komunis untuk kawal (berbilion) rakyatnya…demokrasi tak boleh. Dengan parti Komunis boleh guna kekerasan untuk kawal negara mereka.

“Kita keliru…komunis bukan amalkan demokrasi sebaliknya praktik demokrasi sentralisme (keputusan politik yang dicapai melalui proses pemungutan suara mengikat semua anggota parti),” kata beliau dalam satu forum di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) di ibu negara kelmarin.

Forum bertajuk Gerakan Rakyat: Menentang Pembentukan Republik Malaysia oleh golongan cauvinis anti-nasional diinisiatifkan oleh Pengerusi MPM, Datuk Hassan Mad itu disertai ramai tokoh ilmuan dan akademik Melayu.

Haniff turut mengimbas kunjungannya ke China pada suatu ketika menyertai lawatan Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussain.

“Ada keluarga di sana (China) waktu itu tidak boleh (dibenarkan) makan telur kerana mereka (diarahkan pemerintah) kena keluarkan (hasilkan) ratusan ribu telur dan babi.

“Kalau tak boleh capai (sasaran), tak boleh makan. Malah tahi pun menjadi harta kerajaan…mesti berak di tempat tertentu di kawasan tengah, jadi baja.

“Inilah budak-budak kita nak jadi sayap kiri, mereka tak tahu (sejarah komunis),” kata beliau.

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button