Politik

Gugur kes Zahid Hamidi tanda ‘khabar sedih’ untuk rakyat – Nurul Fadzilah

Srikandi Muda Bersatu percaya tiada jari yang perlu ditunding kepada pihak Mahkamah Tinggi dengan membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi Perintah Perlepasan Tanpa Pembebasan (DNAA) seperti yang dipohon oleh Timbalan Pendakwaraya.

Ketuanya, Nurul Fadzilah Kamaluddin menzahirkan rasa sedih kerana keputusan dibuat adalah kerana tindakan PEJABAT PEGUAM NEGARA untuk menggugurkan kesemua pertuduhan terbabit yang merupakan kes Prima Facie dan berada tahap pembelaan.

“Apa yang mendukacitakan ialah tiada tanggungjawab perundangan untuk melakukan hal sedemikian memandangkan kes prima facie tersebut telah berlangsung selama lebih satu tahun.

“Apakah guna untuk menggugurkan 47 pertuduhan ini sedangkan TPM bebas untuk membuktikan pembuktian dan melakukan pembelaan daripada digugurkan.

“Malahan, jika dituduh semula akan perlu mula daripada peringkat awal dan ini sangat membazir masa, kos dan mengganggu proses sistem undang-undang negara,” ujarnya.

Fadzilah berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas keputusan mahkamah yang memutuskan untuk menggugurkan kesemua 47 pertuduhan jenayah terhadap TPM, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kes RASUAH, PECAH AMANAH DAN PENGGUBAHAN WANG HARAM membabitkan dana Yayasan Akal Budi termasuk keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah MELEPASKAN TANPA MEMBEBASKAN (DNAA) kepada beliau.

“Sayap Srikandi Muda Bersatu menegaskan perkara seperti ini perlu kepada PENJELASAN YANG LENGKAP DAN TUNTAS DARI PEGUAM NEGARA kepada rakyat tentang mengapa keputusan ini perlu dibuat sekarang?

“Pihak pejabat dan Peguam Negara perlu telus membuat penjelasan tidak kira sama ada Peguam Negara yang bakal bersara atau peguam negara yang baharu.

“Penjelasan MENGAPA KES PERLU DIGUGURKAN SEKARANG perlu dibuat segera agar “KHABAR SEDIH” kepada rakyat ini jelas dan tidak mengeruhkan keadaan serta rakyat tahu tentang sistem perundangan negara,” ujar Fadzilah.

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button