Politik

Jika Zahid Hamidi duri dalam daging, Ramasamy beban DAP

TIMBALAN Pengerusi Tetapi UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berakhir kelmarin, Datuk Seri Mohd Puad Zarkashi mengecam kenyataan ahli DAP, P Ramasamy yang menyifatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi ‘duri dalam daging’ selagi mana terus menjadi Presiden parti itu.

Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Ramasamy mungkin ‘terlupa’ dirinya juga beban kepada parti DAP.

“Sebab itulah DAP Putrajaya mendesak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin pada tahun 2019,” kata Puad dalam hantaran di Facebook akaun beliau.

Beliau merujuk kepada desakan DAP Putrajaya yang mahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat menasihati Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu daripada terus meniupkan sentimen perkauman.

Semalam, Ramasamy berkata, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, dilihat dan dianggap menjadi duri dalam daging kepada UMNO dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selagi beliau kekal sebagai Presiden parti itu.


Beliau berkata demikian susulan keputusan PAU 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menjelang pemilihan parti pada 19 Mei ini.

Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang itu berkata UMNO tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang “dicemari rasuah” terlebih dahulu sambil menambah, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilihatnya sebagai “pemimpin paling tercemar”. – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button