Politik

Guan Eng Pengerusi DAP, Anthony Loke SU Agung?

DAP dijangka akan menyusun strategi partinya dengan meletakkan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng sebagai Pengerusi yang baharu pada pemilihan nanti.

Desas-desus sama juga turut menyatakan pengganti bekas Menteri Kewangan itu nanti bakal digantikan dengan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Bagaimanapun, kedudukan muktamad hanyalah pada pemilihan DAP hujung tahun ini kerana Anthony Loke dikatakan akan bertemu dengan tiga pesaing.

Mereka adalah Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, Nga KorMing (Teluk Intan) dan Senator Liew Chin Tong.

Guan Eng pula tidak dimaklumkan jika terdapat pesaing yang akan merebut jawatan itu namun, beliau diyakini akan menggantikan Tan Kok Wai.

Ini kerana, Ahli Parlimen Bagan itu dilaporkan tidak boleh bertanding untuk merebut jawatan Setiausaha Agung.

DAP terkenal dengan keunikannya sebagai parti berfahaman sosialis dengan meletakkan Setiausaha Agung yang memainkan peranan lebih penting berbanding pengerusi.

“Terdapat khabar angin bahawa Kok Wai secara proaktif mencadangkan pengunduran dirinya bagi memberi laluan kepada Guan Eng.

“Kok Wai mungkin dilantik sebagai penasihat, sama seperti Lim Kit Siang.

“Walaupun jika betul Guan Eng menjadi pengerusi, beliau tidak akan mengawal parti kerana kuasa sebenar terletak pada Setiausaha Agung.”

Demikian lapor akhbar Sinchew Daily yang dipetik portal MalaysiaGazette hari ini.

Lapornya lagi, DAP akan mengadakan mesuarat bagi menetapkan tarikh persidangan tahunan dan pemilihan parti.

Namun ketetapan itu akan diketahui selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berakhir pada 26 September ini.

Barisan kepimpinan DAP di peringkat pusat memerlukan 30 orang dipilih bagi mengisi setiap jawatan yang ditentukan melalui pemilihan pada pusingan kedua.

Suatu analisis turut dikeluarkan yang mengatakan pemilihan DAP akan menyaksikan jumlah pengundi tertinggi di Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Malah terdapat ura-ura mengatakan ahli parti dominasi bangsa Cina itu bakal menolak kepimpinan elit.

“Angin anti-elit telah bertiup dalam DAP Selangor sehingga Tony kehilangan pengaruh dalam pemilihan lalu, 60 peratus undi justeru dijangka menyokong calon bukan elit.

“Perak pula merupakan kawasan di bawah pengaruh Nga Kor Ming dan beliau dijangka menguasai 80 peratus undi DAP Perak,” jelasnya.

Guan Eng kini sedang berhadapan tindakan mahkamah berhubung skandal dalam projek pembinaan terowong dan jalan-jalan utama di Pulau Pinang. – SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button