BeritaPolitik

Kuasa Dewan Rakyat putuskan siapa PM

KomentarMomentary

DI bawah Perlembagaan Persekutuan, ia tidak menyatakan bagaimana seseorang perdana menteri mencapai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun untuk semua tujuan praktikal, pemimpin parti politik yang telah memenangi pilihan raya umum akan dijemput oleh pemerintahan berraja untuk membentuk kerajaan akan datang.

Contohnya, Tony Blair yang memimpin Parti Buruh dalam kemenangan pada 1998 dijemput oleh Queen Elizabeth untuk menjadi perdana menteri.

Walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat esok diuar-uarkan akan memuktamadkan tarikh peralihan kepimpinan kerajaan kepada bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suara Merdeka difahamkan, ia tidak akan berlaku.

Sumber memberitahu portal ini, kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor satu kerajaan, sama ada kekal atau sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat.

Itu merupakan prinsip bagi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Majlis Presiden (PH) tidak mempunyai sebarang ‘locus standi’ dalam menentukan siapa Perdana Menteri mentadbir negara.

“Majlis itu mungkin boleh memberi keputusan, namun ia tidak memberi kesan kerana hanya ahli Dewan Rakyat layak menentukan sama ada Dr Mahathir kekal dengan jawatannya atau Anwar dipilih PM ke-8,” menurut sumber itu lagi.

PELANTIKAN PERDANA MENTERI

Pelantikan Perdana Menteri bergantung kepada tahap sokongan dalam Dewan Rakyat.
Jawapan kepada siapa Perdana Menteri termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 40(2) memperuntukkan bahawa:
“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi pelantikan seorang Perdana Menteri
Perkataan “menurut budi bicaranya” menunjukkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang luas.

Bagaimanapun, Perkara 43(2)(a) mengecilkan skop budi bicara itu dengan ketara mengikut pernyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik “ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan itu” sebagai perdana menteri.

Oleh itu, dalam terma perlembagaan itu sendiri, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak dengan kebebasan sepenuhnya. Sebaliknya, perdana menteri yang dilantik mestilah:
(i) seorang ahli Dewan Rakyat (bukannya Senator di Dewan Negara); dan

(ii) harus dapat menguasai keyakinan majoriti, iaitu, sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada sejumlah ahli seramai 222.

Perkara-Perkara 40(2) dan 43(2)(a) hanya menyatakan perlembagaan konvensyen kerajaan berparlimen Westminister dalam terma yang nyata yang telah wujud selama sekurang-kurangnya dua abad yang mana dipraktikkan oleh Malaysia.

Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang dipilih sekali dalam tempoh lima tahun yang bertanggungjawab kepada Parlimen iaitu sebuah kerajaan yang dipertangunggjawabkan kepada cawangan perundangan yang dilantik.

Oleh sebab ia tonggak asas demokrasi berparlimen, seseorang hanya boleh menjadi perdana menteri jika beliau pada mulanya boleh menguasai dan seterusnya mengekalkan, untuk keseluruhan jangka masa lima tahun berparlimen keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Ia boleh diperhatikan bahawa terma-terma “parti” dan “pakatan parti-parti” tidak dirujuk dalam Perkara 43(2)(b).

BAGAIMANA PM MERAIH MAJORITI?

Apa yang menjadi asas adalah keupayaan seorang perdana menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat supaya dia mempunyai kerajaan yang stabil.

Tugas yang dihadapi oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, adalah jelas apabila melantik seseorang perdana menteri selepas pilihan raya umum (berbeza dengan kematian atau persaraan seorang perdana menteri).

Yang di-Pertuan Agong menjemput pemimpin pihak-pihak PH – sama ada Dr Mahathir atau Anwar – yang mendapat sokongan daripada 112 atau lebih ahli Dewan Rakyat.

Ia adalah semudah dan sejelas itu. Hakikat politik adalah penguasaan parti-parti dalam sistem demokrasi yang moden dan yang lebih penting lagi adalah penggunaan whip parti untuk menjamin disiplin di kalangan ahli-ahli parti.

Ini bermakna bahawa parti-parti (atau pakatan parti-parti) adalah pelakon dominan dalam bidang politik. Mereka memilih calon-calon, membiayai mereka dan memastikan bahawa mereka bertanding atas tiket parti yang menyokong manifesto parti.

Pengundi-pengundi sentiasa mengundi untuk parti, dan bukannya calon, walaupun terdapat calon-calon yang sentiasa berkarisma, yang akan menerima beberapa undi tersendiri, dan bukannya melalui parti mereka.

Selepas pilihan raya, ahli-ahli Parlimen yang berjaya menerima cemeti parti dan mengundi dengan parti mereka sepanjang hayat Parlimen tersebut. Parti itu sendiri memilih pemimpinnya.

Apa pun seluruh negara akan bertumpu pada mesyuarat Majlis Presiden PH esok.

Kita tunggu dan nanti jawapannya.

– SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button