Sukan

Golf Olimpik: Pemain negara, Gavin Green harap dapat lakukan kejutan

PEMAIN golf profesional negara, Gavin Green berhasrat untuk melakukan kejutan apabila acara itu bermula di Olimpik Tokyo di Kasumigaseki Country Club pada Khamis ini.

Pemain berusia 27 tahun itu mengakui permainannya kurang memberangsangkan kebelakangan ini, tetapi merasakan dia berada di ambang kebangkitan ketika melakukan persediaan bagi bertanding dengan bintang-bintang global.

“Sudah tentu, saya bermimpi tentang [memenangi pingat]. Saya terus mengatakan pada diri sendiri jika saya dapat bermain dengan baik apa sahaja boleh berlaku.

“Sukar untuk mengatakan saya boleh memenangi pingat emas kerana cabarannya besar. Saya terus berlatih bersungguh-sungguh dan cepat atau lambat, itu akan berlaku. Anda hanya perlu sabar,” kata Green

Pemain Malaysia itu telah misscut 11 kali dari 14 acara Jelajah Eropah musim ini menjelang penampilan kedua Olimpiknya selepas debutnya di Rio 2016.

Namun, dia yakin dia akan mengubah situasi kerana berusaha mendapatkan kembali penampilan terbaiknya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Mulai tahun ini, ia merosot sedikit demi sedikit.

“Saya telah bekerja cukup lamat, dan kami terpaksa membuat beberapa perubahan pada ayunan saya kerana masalah pergelangan tangan saya dan mencari konsistensi dari tee.

“Saya menyesuaikan untuk lakukan ayunan dengan bebas dan menikmati permainan golf. Saya merasa positif, ” katanya.

“Saya tidak fikir saya pernah melalui sesuatu seperti ini sebelumnya. Permainan saya selalu menjadi lebih baik setiap tahun.

“Ini adalah pengalaman baru. Setelah saya keluar dari kemerosotan ini, maka saya akan tahu apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang.

“Semua pemain teratas mengalami  ini, “tambah Green, yang bapanya akan menjadi kedi untuknya minggu ini. – XINHUA

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button