Ekonomi

Glomac Berhad merekodkan peningkatan hasil keuntungan kumpulan

Glomac Berhad hari ini merekodkan peningkatan hasil keuntungan kumpulan tidak diaudit sebanyak RM78.4 juta bagi suku kedua tahun kewangan semasa berakhir 30 April 2023 (“TK2023”) berbanding RM75.4 juta yang dicapai pada suku yang sama TK2022.

Keuntungan Kumpulan sebelum cukai berjumlah RM17.5 juta, manakala keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik Syarikat (PATAMI) adalah sebanyak RM11.8 juta. Prestasi keseluruhan ini mencerminkan tahap perkembangan projek pembinaan yang mantap dan berterusan.

Dalam tempoh enam bulan TK2023, hasil kumpulan Glomac meningkat 38 peratus kepada RM143.9 juta berbanding RM104.2 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama bagi TK2022.

Glomac melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM25.4 juta, manakala PATAMI meningkat 28 peratus kepada RM17.0 juta.

Menurut Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar semasa taklimat penganalisa yang dijalankan dalam talian, strategi pembangunan Glomac kekal tertumpu pada segmen pasaran pertengahan.


“Saya gembira kerana kami mampu untuk terus menjana rekod prestasi pembangunan yang kukuh. Kami berhasrat untuk meningkatkan aktiviti pembangunan kami dengan pengurusan serta sumber kewangan yang kukuh  dijangka bernilai kira-kira RM8 bilion menerusi projek pembangunan berpotensi yang tertumpu di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Kedudukan kewangan Glomac kekal sihat pada posisi penggearan bersih 0.21x  setakat 31 Oktober 2022, berbanding dana pemegang saham sebanyak RM1,163.5 juta.

Kedudukan tunai keseluruhan adalah lebih tinggi pada RM236.4 juta, berbanding RM215.4 juta pada akhir tahun kewangan sebelumnya berakhir 30 April 2022.

Kumpulan mengisytiharkan dividen tahunan sebanyak 1.5 sen untuk TK2022 yang akan dibayar pada 29 Disember 2022.

Pencapaian ini boleh diterjemahkan kepada hasil dividen dalam lingkungan 5 peratus, berdasarkan harga saham semasa.

Momentum jualan adalah positif, didorong oleh jumlah penjualan yang mantap dan penawaran produk yang kukuh menerusi projek Glomac yang sedang dalam fasa pembangunan.

Kumpulan mencapai keuntungan jualan baharu sebanyak RM106 juta untuk tempoh 6 bulan, satu perkembangan memberangsangkan berbanding RM48 juta yang dicatatkan dalam enam bulan sebelumnya pada TK2022.

Jumlah jualan yang lebih tinggi juga didorong terutamanya menerusi jualan fasa kediaman terbaharu di Saujana Perdana dan Saujana Utama 5, serta projek kediaman bertingkat tinggi,  [email protected] Jaya dan 121 Residences.

Glomac sedang dalam perancangan untuk melancarkan projek baharu bernilai RM510 juta pada separuh tahun kedua TK2023.

Adalah dijangkakan bahawa angka jualannya akan meningkat serta menambah jumlah jualannya yang belum dibilkan, sebanyak RM491 juta pada akhir Oktober 2022.

Pelancaran baharu pada tahun kewangan ini akan merangkumi penampilan sulung Greentec Puchong, sebuah projek pembangunan kediaman bersepadu seluas 15.3 ekar di tengah-tengah Puchong, dengan jumlah anggaran Nilai Pembangunan Kasar (“GDV”)  sebanyak RM1.57 bilion.

Fasa awalnya, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada suku tahun keempat TK2023, akan merangkumi Kediaman Jenis SoHo (“SoHos”) dan pangsapuri servis dengan anggaran GDV sebanyak RM340 juta. – SM

(Visited 14 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button