Sukan

Giliran Danny Chia jadi pendahulu Kejohanan Golf Trofi Tun Ahmad Sarji

HUJAN merencatkan persembahan pendahulu hari pertama, Sharifuddin Ariffin apabila terjerumus di kedudukan ketiga pada hari kedua Kejohanan Golf Trofi Tun Ahmad Sarji di Kelab Golf Saujana & Country, Subang, Selangor hari ini.

Sebaliknya pemain veteran profesional negara, Danny Chia yang semalam di kedudukan kedua bangkit untuk menjadi pendahulu apabila keseluruhan mengumpul 10 bawah par 134 pukulan.

Pemain tersohor dalam Jelajah Asia dan Eropah, Gavin Green pula berada di tempat kedua keseluruhan mengumpul 9 bawah par 135 pukulan.

Bagi anak kelahiran Melaka, Sharifuddin yang cemerlang dengan catatan sembilan bawah par 63 pukulan pada hari pertama gagal mengekalkan corak permainan apabila sekadar mengumpul lima bawah par 139 pukulan.

Seramai 60 melepasi cut off untuk beraksi pada hari ketiga esok (Jumaat) pada Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM200,000.

Hujan lebat dan petir merencatkan sedikit aksi pemain hingga permainan terpaksa dihentikan pada pukul 10.58 pagi sebelum disambung semula pada pukul 12.15 tengahari.

Aksi pusingan ketiga pada Jumaat bermula pukul 7.40 pagi.

(Visited 453 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button