pilihanSukan

Sumareh bertunang dengan gadis pilihan hati, terima ucapan tahniah!

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dipercayai sudah pun bertunang dengan gadis pilihan hatinya.

Ia selepas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memuat naik gambar bersama seorang gadis pada akaun Instagram miliknya, dengan keterangan: “Mood semasa: bertunang”.

Perkongsian Sumareh di laman sosial itu turut mendapat reaksi daripada beberapa pemain terutama rakan sepasukannya di JDT yang mengucapkan tahniah.

Tidak ketinggalan, pemain yang baru mendapat status kewarganegaraan Malaysia, Lee Tuck turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Sumareh.

Sumareh memegang status pemain naturalisasi pertama negara dengan dia mula menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada 2018.

Pemain sayap berusia 27 tahun itu menyertai PDRM FC pada 2013 hingga 2015 sebelum berhijrah ke pasukan Perlis pada 2016, mewakili Pahang (2017-2020), Police Tero FC (2020-2021) dan menyarung jersi JDT sejak 2021.

(Visited 1,758 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button