Politik

Gerakan bertanding tiga kerusi DUN Kedah-Dominique

PRESIDEN Gerakan, Datuk Dr Dominique Lau berkata, parti itu akan bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan tiga kawasan berkenaan dan memaklumkan, rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) sudah selesai.

“Pengumuman mengenai kerusi DUN yang akan ditandingi parti-parti komponen dalam PN bagi PRN akan dibuat pada 22 Jun ini.

“Oleh itu, kita telah maklumkan kepada pimpinan parti Gerakan dan persediaan mereka akan diteruskan,” katanya yang berpuas hati dengan kerjasama parti komponen PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan di Kedah.

Untuk rekod, Kedah ada 36 kerusi DUN dengan PN menguasai 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11, Barian Nasional (BN) dan Pejuang, masing-masing dua kerusi.

Sebelum ini dilaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 25 Jun ini untuk mencadangkan tarikh pembubaran DUN Kedah pada 28 Jun. – SUMBER BERNAMA – SM

BACA ADUN Jeneri, Muhamad Sanusi ganti Mukhriz sebagai MB Kedah?

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button