Politik

ADUN DAP setuju MIC cabar MB Kedah letak jawatan

AHLI Dewan Undangan Negeri DAP P. Ramasamy bersetuju dengan cabaran MIC agar Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor harus meletak jawatan jika gagal mengharamkan parti komponen Barisan Nasional itu.

Ramasamy yang merupakan ADUN Perai berkata, gesaan MIC agar Muhammad Sanusi meletakkan jawatan adalah wajar dan tepat pada masanya.

“Saya setuju dengan MIC, Menteri Besar Kedah mesti letak jawatan Saya jarang bersetuju dengan pendapat MIC dalam banyak perkara.

“Tetapi kali ini, saya rasa parti itu telah mengambil keputusan yang tepat untuk mendesak Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah untuk meletak jawatan,” kata Ramasamy.

Semalam Presiden MIC S. Vigneswaran mencabar Muhammad Sanusi meletak jawatan jika gagal mengharamkan parti komponen Barisan Nasional itu.

Sebelum ini Sanusi dilaporkan berkata, MIC harus diharamkan sekiranya didapati menghasut rakyat, selepas parti itu membantah keras perobohan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah yang berusia lebih 50 tahun.

Sanusi memberi amaran kepada MIC “jangan celupar, jangan jadi hero berdasarkan populariti”.

“Sanusi yang telah menyakiti perasaan orang bukan Islam khususnya orang India, tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengundur diri.

“Dalam beberapa bulan ini sahaja, Sanusi telah membuktikan tanpa keraguan yang dia bukan sahaja seorang yang bersifat perkauman tetapi juga seorang pelampau agama.

“Dia telah menggunakan macam-macam alasan untuk membenarkan pemusnahan kuil Hindu, yang berusia lebih dari seratus tahun,” kata Ramasamy.

Ramasamy mendakwa beberapa bulan yang lalu, pihak berkuasa tempatan negeri Kedah telah merobohkan sebuah kuil Hindu berusia satu abad di Alor Setar dengan alasan perobohan yang “sah” bahawa kuil itu diroboh untuk membina tempat letak motosikal.

Beliau juga mendakwa, beberapa hari yang lalu, sebuah lagi kuil Hindu di Kuala Kedah telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan gelanggang futsal.

“Mengapakah perlu bertindak terlalu melulu dan terdesak untuk membina tempat letak motosikal atau gelanggang futsal sehingga terpaksa merobohkan kuil-kuil Hindu yang wujud lama.

“Sudah tentunya, Kerajaan Kedah mempunyai banyak tanah kerajaan negeri sedia ada yang boleh digunakan untuk tujuan awam tanpa merobohkan kuil-kuil,” kata Ramasamy.

Pemimpin DAP itu berkata, Muhammad Sanusi memalukan kepemimpinan tertinggi Pas dengan tidak menunjukkan rasa hormat kepada budaya dan kaum orang bukan Islam di Kedah.

Katanya, tidak ada pemimpin PAS yang berfikiran waras tidak memperuntukkan bantuan kewangan kepada kuil Hindu daripada hasil wang pembayar cukai.

“Siapakah dia untuk menolak bantuan kewangan kepada kuil Hindu di Kedah? Dana itu adalah daripada pembayar cukai bukan hasil titik peluh dia seorang.

“Terserah kepada kepemimpinan PAS untuk memastikan sama ada dia harus kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau tidak.

“Saya rasa dengan pelaksanaan insiden-insiden yang kejam ini, kedudukan Sanusi sebagai Menteri Besar tidak dapat dipertahankan lagi.

“Vigneswaran telah mencabar Sanusi untuk melarang MIC, jika gagal, dia harus meletak jawatan dan mengundurkan diri,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan berbahasa Melayu di Facebooknya.-SM

 

(Visited 479 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button