Nasional

SKMM nasihat pengguna media sosial waspada dengan akaun palsu

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjauhi dan berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu yang berleluasa di laman media sosial.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataannya menasihatkan pengguna untuk tidak mengambil mudah terhadap kewujudan akaun palsu berkenaan dan perlu mengambil tindakan segera jika mereka menemukan akaun sedemikian.

Jelas jabatan itu, orang ramai boleh menangani kewujudan akaun yang diragui ketulenannya dengan melaporkannya melalui ruangan Laporan Akaun Palsu yang disediakan pihak penyedia platform media sosial, bagi penelitian dan tindakan lanjut berdasarkan pelanggaran Piawaian Komuniti yang ditetapkan.

“Tindakan sedemikian adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya penyebaran kandungan tidak baik seperti berita yang mengelirukan, ucapan kebencian dan kandungan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Tatkala pihak penyedia platform media sosial sedang giat mengimbas dan mengesahkan ketulenan akaun-akaun pengguna, masih wujud ketirisan daripada mereka,” demikian menurut kenyataan itu.

Sungguhpun begitu, jabatan tersebut berkata pengguna patut sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun palsu kerana kadangkala ia tidak menunjukkan tanda palsu atau berniat jahat pada mulanya, maka penyedia platform memberi mereka keraguan yang munasabah sehingga mereka menunjukkan tanda aktiviti yang tidak baik.

“Penyedia platform akan menemui akaun-akaun ini apabila sistem pengesanan mereka mengenal pasti tingkah laku yang tidak baik atau jika ada pengguna yang melaporkannya kepada mereka.

“Mencegah akaun palsu adalah satu daripada cara untuk menghentikan penyalahgunaan dan perlindungan lain juga harus diberikan sebaik sahaja kandungan dihasilkan dan interaksi berlaku dengan akaun-akaun palsu ini,” menurut jabatan itu.

Sehubungan itu, jabatan tersebut berkata MCMC menasihatkan pengguna supaya berwaspada, kekal selamat serta bertanggungjawab selain mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada akaun palsu dan menyalahgunakan rangkaian media sosial. – SM

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button