Nasionalpilihan

Gan Boon Leong meninggal dunia akibat sakit jantung

Bekas Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Boon Leong, 85, meninggal dunia awal pagi tadi (Isnin) akibat sakit jantung demikian menurut anaknya, Datuk Gan Tian Loo.

Menurutnya, bapanya yang juga Mr Asia menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

“Mayat bapa buat masa ini ditempatkan di pejabatnya di Jonker Walk bagi rakan-rakan terdekat yang mengenalinya untuk memberi penghormatan terakhir.

“Ayah saya akan dikebumikan di Bekok, Tangkak, Johor pada Jumaat ini,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Mendiang merupakan tokoh yang berpengaruh khususnya di Melaka. Dia pernah berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri selama tiga penggal selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Melaka selama 12 tahun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengerusi pelbagai persatuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kini, anaknya Tian Loo mewarisi ketokohan beliau apabila turut berkecimpung dan menyumbang kepada parti serta masyarakat.

Sepanjang karier politiknya mendiang berjaya menewaskan orang kuat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum 1982 apabila merampas kerusi Bandar Hilir.

Keseluruhan, Boon Leong menang sebanyak lima kali berturut-turut dalam pilihan raya umum.

Dia juga dianggap sebagai pengasas kepada wujudkan pusat pelancongan Jonker Walk sehingga hari ini.

Dalam sukan angkat berat Boon Leong pernah dilantik sebagai Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia dan juga Naib Presiden Persekutuan Bina Badan Asia serta Naib Pengerusi Asian Power Lifting Federation.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Chong Kin Yock dan tujuh anak dilahirkan pada 25 Ogos 1937. – SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button