Nasional

Gagal pakai pelitup muka, 144 individu dikenakan kompaun

SEBANYAK 456 individu ditahan dan dikompaun kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kesalahan tertinggi dicatatkan kerana tidak memakai pelitup muka (144 individu)

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan lain yang dilaporkan ialah kegagalan penjarakan fizikal (74), gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (72), aktiviti pusat hiburan (34) dan lain-lain.

“Bagi kawalan sempadan negara pula iaitu menerusi Operasi Benteng, kita telah berjaya menahan 12 warga asing dan dua serta merampas dua kenderaan darat, semalam.

“Selain itu, kita juga melaksanakan sebanyak 298 sekatan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, bermula 24 Julai hingga semalam, sebanyak 58,365 individu telah pulang ke tanah air dari luar negara sebelum ditempatkan di 63 hotel dan 18 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.

Jelasnya,daripada jumlah itu, seramai 9,960 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib dan 381 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala sebanyak 48,024 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,708 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan daripada jumlah itu sembilan premis diberi nasihat tidak patuh SOP,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian. -SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button