Politik

Netizen pertikai kenyataan Muhyiddin berhubung darurat

NETIZEN mempertikai apa sebenarnya yang mahu disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila membangkitkan soal cadangan darurat yang tidak dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ramai yang tidak senang dengan kenyataan Perdana Menteri yang dilihat seolah-olah menyatakan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan yang salah kerana tidak mahu mengisytiharkan darurat.

Muhyiddin semasa taklimat pandemik Covid-19 hari ini berkata pilihan raya kecil Batu Sapi dapat dielakkan jika darurat diisytiharkan dan dengan cara itu penularan virus korona akan lebih berkesan.

Sehubungan itu beliau menyatakan darurat negeri merupakan cara terbaik termasuk bagi mengelak dilaksanakan pilihan raya negeri selewat-lewatnya pertengah tahun hadapan.

Sebelum ini cadangan Muhyiddin untuk melaksanakan darurat bukan sahaja ditentang oleh masyarakat tetapi tidak dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Kenyataan negatif itu menyebabkan ruangan komen di Facebook beliau penuh dengan kecaman netizen.

Sebelum ini Majlis Tertinggi UMNO juga mahukan mandat diberikan kembali kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya umum apabila kes Covid-19 ditangani.

Sarawak juga memaklumkan mandat yang ada akan berakhir pada pertengahan tahun depan dan ia tidak dapat mengelak daripada diadakan pilihan raya negeri.

Banyak pihak berpendapat tindakan mengisytiharkan darurat lebih kepada menyelamatkan ‘tengkuk’ Muhyiddin yang dilihat semakin kehilangan sokongan daripada masyarakat dan pemimpin politik.

Muhyiddin menjadi Perdana Menteri selepas bergabung dengan UMNO, Pas, GPS dan serpihan PKR bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang akibat krisis dalaman.

Oleh itu adalah wajar jika mandat diserahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button