Hiburan

James Bond pertama, Sean Connery meninggal dunia

Pembawa watak pertama James Bond Sean Connery dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi pada usia 90 tahun

Pelakon Scotland yang terkenal dengan penggambaran filem James Bond, menjadi yang pertama membawa peranan itu ke layar perak dan muncul dalam tujuh filem berunsurkan pengintip itu.

Kerjaya lakonannya merangkumi beberapa dekad dan banyak menerima anugerah termasuk satu Oscar, dua anugerah Bafta dan tiga Golden Globes.

Filem Connery yang lain termasuk The Hunt for Red October, Indiana Jones and the Last Crusade and The Rock.

Pada bulan Ogos lalu, dia menyambut ulang tahunnya yang ke-90.

 

(Visited 419 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button