fbpx
BeritaRencah Hidup

Firdaus Wong menitis air mata Islamkan ibu sendiri

KUALA LUMPUR – Dia memeluk Islam empat belas tahun yang lalu dan kini dia antara pendakwah Islam yang disegani dan berjaya membawa ratusan belum Islam dalam dan luar Malaysia untuk kembali kepada agama fitrah itu.

Hari ini air mata pemuda berketurunan Cina, Firdaus Wong Wai Hung itu berjujuran apabila dia sendiri membimbing ibunya mengucapkan syahadah sekali gus menjadi Muslim

“Alhamdulilah. Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan, tetapi ini adalah syahadah yang saya paling gementar dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri,” kata Firdaus.

Menurutnya, dia tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.


Firdaus berkata, dia amat berharap selepas ibunya memeluk Islam ahli keluarga yang lain akan mengikut jejak langkah beliau dan ibunya itu.

“Jazakumullahu khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami.

“Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah,” kata Firdaus yang berkongsi kisah itu di Facebook beliau. -SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button