Luar Negara

Di China kehidupan kembali normal, penularan wabak sudah perlahan

Tindakan drakonian berjaya kekang penularan wabakCovid-19

DUDUK berehat di bawah sepohon pokok di hari yang panas pada musim bunga, Ding Shijiu akhir boleh keluar bertemu dengan rakan-rakannya dan melakukan aktiviti kegemaran mereka iaitu memancing – sesuatu yang tidak boleh mereka lakukan sejak pendemik coronavirus melanda seluruh China pada Januari.

Ia diikuti dengan perintah berkurung di seluruh bandar dan wilayah di negara itu.

“Dua bulan lalu rasa macam tidak percaya, saya dah hampir 70 tahun, sudah lihat macam-macam perkara, percayalah.

“Tetapi kami semua masih hidup, dan saya sangat gembira perkara buruk sudah berlalu.

“Ini kali pertama saya datang kembali untuk memancing di tasik ini sejak Tahun Baharu yang lalu,” katanya.

Seperti kebanyakan orang di China, Yang menghabiskan masa hampir dua bulan lalu dengan hanya duduk di rumah apabila kerajaan pusat mengenakan perintah kuarantin di seluruh negara untuk mengekang penularan Covid-19, wabak yang berpunca daripada virus.

Wilayah tengah Hubai dan ibu negerinya Wuhan, di mana virus itu dikatakan berasal, ditutup sepenuhnya.

Ketika angka dijangkiti Covid-19 di luar negara melepasi angka dalaman China – undang-undang drakonian yang dikatakan dapat mengawal wabak itu dalam negara – terutama di luar Hubei – telah dilonggarkan sedikit demi sedikit.

Chongqing, bandar di mana Yang menetap bersempadan dengan Hubei mencatatkan lebih 500 kes, tetapi sekarang sudah beberapa hari tidak ada kes baharu di bandar itu.

Bukan hanya di Chongqing, di seluruh negara, 13 daripada 34 wilayah di China telah disahkan bebas daripada kes-kes yang berbaki. Dianggarkan 69,000 daripada 81,000 kes yang disahkan telah dibenarkan keluar.

Malah di Hubei, di mana masih ada 10,000 kes, tekanan kepada pekerja perubatan barisan hadapan telah dilonggarkan.

Pada 17 Mac, kumpulan pertama daripada hampir 4,000 pekerja perubatan yang dihantar ke Wuhan untuk membantu mengawal wabak itu sudah dibenarkan bercuti.

Dengan kebanyakan wilayah sudah melonggarkan tahap kawalan keselamatan ekoran Covid-19, China – perlahan-perlahan – dengan berhati-hati – kembali kepada kehidupan normal.

Kelas-kelas pembelajaran sedikit demi sedikit kembali dibuka selepas para pelajar hanya duduk dirumah atau belajar secara dalam talian kira-kira sebulan.

Di wilayah-wilayah yang disifarkan berisiko rendah jangkitan, termasuk Guizhou, Qinghai, Tibet dan Xinjiang, pihak berkuasa tempatan telah membenarkan institusi pendidikan menyambung pembelajaran mereka bulan ini.

Sementara itu, kilang-kilang yang diarahkan menggantung operasi juga sudah mula mengatur semua proses pengeluaran mereka selepas ramai pemilik perniagaan memberitahu Al Jazeera bahawa perniagaan mereka sudah hampir mati.

Berdasarkan laporan terkini oleh Biro Statistik Kebangsaan China, pada Januari dan Februari, ketika kemuncak wabak itu, pengeluaran perindustrian di negara ekonomi kedua terbesar itu jatuh ke peringkat paling bawah sejak 1998, dengan kadar pengangguran meningkat kepada enam peratus, yang tertinggi pernah dicatatkan.

Penggantungan itu menyebabkan banyak syarikan hampir muflis, tetapi dengan langkah kuarantin makin dilonggarkan, banyak yang kembali bersedia untuk memulakan perniagaan.

Bandar yang memiliki kepadatan industri paling tinggi termasuk Guangzhou dan Shenzhen di selatan sedang mengatur supaya pekerja mereka kembali bekerja dan bersedia untuk meneruskan perniagaan yang sekian lama terhenti.

Contohnya, jalur pengeluaran syarikat Woniu, kilang pakaian yang berpangkalan di Guangzhou telah menghentikan operasi pada 20 Januari – hari di mana kerajaan mengesahkan virus yang tersebar melalui manusia itu.

Ketika kehidupan mula kembali kepada biasa, pakar-pakar masih bimbang akan risiko yang tersembunyi.

Terdapat kebimbangan sekiranya kuarantin itu ditarik balik, kemungkinan China akan diserang oleh gelombang kedua jangkitan itu, lebih-lebih lagi coronavirus kini merupakan pendamik dunia dengan kes import sudah melebihi kes tempatan.

China melaporkan hanya satu kes tempatan pada Isnin di Hubei. Lebih 20 kes lagi adalah daripada pelancong yang baru tiba dari luar negara. – Al Jazeera

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button