Nasional

DBKL larang jual arak

LARANGAN menjual arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat CIna oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkuatkuasa mulai 1 November lalu.

Walaubagaimanapun, penjualan bir dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja seperti yang terdapat dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

Antara syarat lain ialah ruang jualan atau pameran khas bir diasingkan daripada minuman lain, mengunci ruang jualan selepas tamat waktu operasi jualan bir dan had umur pembeli 21 tahun ke atas.

Menurut sebuah kenyataan, DBKL berkata penguatkuasaan Garis Panduan Ke Atas Larangan Penjualan Minuman Keras sepatutnya bermula pada 1 Oktober lalu tetapi ditangguhkan selama sebulan.

“Sepanjang tempoh penangguhan itu, DBKL telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti persatuan pengilang, pembotol dan peruncit, majlis perwakilan penduduk serta Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kesemua pihak berkaitan telah menyuarakan pandangan serta keprihatianan masing-masing terhadap perkara ini.

“Setelah mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, DBKL mengambil pendekatan memperkemas dan memperhalusi Garis Panduan sedia ada,” jelas kenyataan tersebut.

Semua pihak yang terlibat perlu mematuhi Garis Panduan dan Syarat-Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baharu bermula 1 November lalu. -SM

 

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button