Jenayah

Dakwaan Projek Pembalakan & Pajakan Tanah, Pemimpin Kanan UMNO Disiasat SPRM

Seorang pemimpin kanan UMNO disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terlibat dengan rasuah yang membabitkan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan.

Menurut perkongsian sumber kepada sebuah media tempatan, perlakuan terbabit berlaku sekitar 2008 serta 2010 dan wang pajakan itu dipercayai digunakan untuk membeli aset di luar negara.

SPRM mula menjalankan siasatan berkenaan setelah menerima laporan daripada Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Bahagian Setiawangsa Kuala Lumpur, Datuk Halim Rahmat baru-baru ini.

Dalam masa sama, sumber berkata, SPRM juga telah menerima informasi berkaitan dengan isu tersebut daripada sumber-sumber lain.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan perkara itu.


Namun bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu meskipun banyak persoalan diajukan bagi mendapat pengesahan awam.

(Visited 180 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button