Nasional

Cukupkah dengan permohonan maaf YB Rara?

AHLI Dewan Undangan Ketari, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai YB Rara memohon maaf kerana telah melanggar prosedur standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

YB Rara menyatakan permohonan maaf itu selepas foto yang beliau pasang di instagram miliknya mendapat kecaman masyarakat maya kerana berkelah di tepi pantai di Sepang bersama rakan-rakannya. Beliau dikatakan menyambut harijadi.

Ini berlaku setelah dia menyiarkan foto di Instagram memaparkan dirinya dan empat yang lain kelihatan berkelah di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19,” katanya di Twitter hari ini.


Yang anehnya beliau sebelum ini antara yang kuat menghentam Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini turut melanggar SOP apabila tidak mematuhi peraturan kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Menteri berkenaan telah didenda dan turut memulangkan gajinya selama empat bulan sebagai rasa bersalah kerana tidak mematuhi peraturan itu.

Setidak-tidaknya Rara perlu pulangkan pendapatan beliau untuk empat bulan dan dikenakan denda sebagaimana yang dihadapi oleh menteri berkenaan.

Sekurang-kurangnya menteri berkenaan terpaksa melanggar peraturan tersebut kerana menjalankan tugas rasmi, berbanding Rara yang pergi berkelah sahaja.

 

(Visited 323 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button