Nasional

Mustapa dimasukkan ke hospital, positif Covid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Mohamad telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi.

Selepas pemantauan dilakukan Ahli Parlimen Jeli itu dilaporkan dalam keadaannya stabil.

Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.

“Datuk Seri Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT memudahkan urusan kita semua,” kata kenyataan tersebut.-SM


(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button