COVID-19: Sebanyak 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam di Indonesia
Sebanyak 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam di Indonesia menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 327 kes.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 21 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.
“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 330 kes baharu, menjadikan jumlah kes kini sebanyak 3,842,” katanya.
Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 159 kes, diikuti Jawa Barat (40 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia, demikian menurut laporan BERNAMA.
Sebelum ini dilaporkan barisan hadapan menentang COVID-19 semakin terjejas di negara tetangga kita Indonesia, dengan jumlah doktor meninggal dunia semakin meningkat.
Media tempatan, Tempo melaporkan setakat ini 24 orang doktor telah meninggal dunia.
Sebelum terdapat laporan mengatakan ada dalam kalangan doktor yang meninggal dunia adalah kerana terlalu keletihan.
Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia memaklumkan melalui akaun Twitter setakat semalam seramai 14 doktor terkorban dengan dua daripada mereka meninggal dunia.
Ketika situasi dilihat semakin getir kerajaan Indonesia setakat ini tidak mengenakan larangan keluar rumah bagi menangani pandemik COVID-19 namun kekal menekankan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) dalam semua aspek aktiviti masyarakat untuk mencegah penularan virus itu.
Sebaliknya Presiden Joko Widodo hanya mewajibkan mereka yang keluar rumah supaya memakai topeng muka.
Barisan hadapan juga semakin goyah dengan ini jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 198 kes.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19 Achmad Yurianto berkata tujuh lagi kematian dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah setakat ini ialah 198, manakala kes positif bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari semalam meningkat kepada 2, 273.
Indonesia juga dijangka membebaskan kira-kira 30,000 banduan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Bagaimanapun Jokowi menegaskan beliau tidak akan membebaskan banduan kesalahan korupsi.
“Saya ingin sampaikan napi koruptor tidak pernah kita bicarakan dalam rapat-rapat kita. PP Nomor 99 Tahun 2012 tidak ada revisi untuk ini. Jadi pembebasan napi hanya untuk napi pidana umum,” kata Jokowi dalam sidang video hari ini.
Tambah Jokowi walaupun dibebaskan pihak berkuasa akan memantau banduan terbabit bagi memastikan mereka berada di rumah.