Nasional

Warga Indonesia puji untungnya jadi rakyat Malaysia

KOMENTAR

PRATAMA  Persadha dari Communication and Information System Security Research Center (CISSReC) tengah bulan lepas mengkritik pemerintah Indonesia, Joko Widodo yang didakwanya kurang terbuka perihal maklumat COVID-19.

Katanya, kerajaan tidak perlu mendedahkan data peribadi pesakit, tetapi memaklumkan maklumat lokasi yang pernah dikunjungi orang yang dijangkiti.

Presiden Indonesia dikenali Jokowi itu terus dikritik sebilangan rakyatnya berikutan masih enggan menguatkuasa perintah berkurung wakaupun kematian akibat coronavirus terus meningkat di republik itu.

Begitupun susulan situasi pergerakan orang ramai antara wilayah di Indonesia, Jokowi mengarahkan gabenor, datuk bandar dan ketua wilayah untuk mengetatkan lagi larangan pergerakan.

Ia susulan rakyat republik itu terutama perantau dilihat mula mengambil keputusan untuk pulang ke kampung ekoran perintah darurat yang dilaksanakan sejak 20 Mac lalu.

Ya itulah, setiap negara ada masing-masing formulanya dalam mengekang penularan pandemik ini. Acuan Malaysia tetangga Indonesia, begini. Singapura begitu. Demikianlah Jokowi dengan kesukarannya untuk menjaga kebajikan
negara dengan kepadatan penduduk keempat tertinggi di dunia itu, 270 juta orang.

Seorang netizen, Marini Ooi dipercayai warga Indonesia yang bekerja di negara ini turut meluahkan perasaannya dalam media sosial, yang sempat dipetik Suara Merdeka:

“Nasib rakyat kecil di negeri tercintaku Indonesia bagai buah si mala kama. Keluar mati, tinggal di rumah juga mati.

Tiada bantuan kewangan. Orang yang ekonomi ke bawah yang penghasilan dari buruh, ngojeng, jualan di jalan semua mereka macam mana mau hidup.

Negeri ku yang kaya tapi rakyat hidupnya susah nasib mereka tidak terbela.

Salut dengan Malaysia walaupun tidak sebesar Indonesia dan tak punya sumber daya alam yang banyak seperti Indonesia tapi kebajikan dan hak rakyatnya dijamin.

Beruntunglah yang jadi orang Malaysia, bersyukurlah lahir di negeri (negara) yang masih peduli rakyatnya.

Di sini (Malaysia) rakyatnya masih dapat macam-macam subsidi harga bahan baku masih lumayan murah.

Ada subsidi pendidikan, kesihatan, sekolah sampai SPM tak payah bayar. Pi (Pergi) hospital dan klinik kerajaan cuma bayar RM1.

Di Indonesia, kalau kalian sakit tak ada duit mati depan hospital pun tak ada yang peduli.

Apa lagi sekarang keadaan yang tragis ini macam mana lah nasib rakyat kecil di negeriku? “ – SM

(Visited 1,182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button