Nasional

Covid-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara

Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) cOVID-19 disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemas kini maklumat berkenaan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan bilangan PPV.
“Bagi mendapatkan suntikan vaksin, orang ramai boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara walk-in (jumpa terus) atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.
“KKM ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela, namun pengambilan vaksin Covid-19 adalah digalakkan terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Dzulkefly berkata vaksin Covid-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi daripada komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti.
Beliau berkata KKM turut menyarankan setiap warga Malaysia memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melindungi diri daripada jangkitan dan tidak menularkan Covid-19 kepada orang lain dengan mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S.
Pendekatan 3W adalah amalan kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan amaran yang lebih berkonsepkan peringatan manakala 3S ialah elak kawasan sesak, sempit serta sembang pada jarak dekat.
(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button