Berita GajetEkonomiGajet

Canon Lancarkan Pencetak Tangki Dakwat Isi Semula 6-Warna

PETALING JAYA: Canon Marketing Malaysia (Canon) memperkenalkan pencetak tangki dakwat isi semula 6-warna pertamanya iaitu PIXMA G570 dan PIXMA G670, menghasilkan imej cetakan yang lebih tahan lama dengan kos percetakan yang sangat rendah.

Hidupkan memori yang dirakam, dikuasakan oleh sains warna canggih sejak berdekad lamanya.

Pencetak foto baharu ini dilengkapi 2 set dakwat baharu untuk menghasilkan cetakan yang jelas dan menyerlah yang belum pernah didapati dalam mana-mana pencetak tangki
dakwat sebelum ini.

“Kami teruja untuk melancarkan pencetak tangki dakwat 6-warna yang pertama dari Canon iaitu PIXMA G570 dan G670 di Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memenuhi keperluan para pelanggan yang sentiasa berubah.

“12 bulan sebelum ini memberi cabaran yang besar kepada ramai orang. Dengan pencetak-pencetak yang pertama seumpamanya ini, kami berharap dapat memperkasakan para pengguna untuk
menceritakan dan berkongsi kisah-kisah mereka melalui kuasa percetakan,” kata Ketua Jabatan Consumer System Products
(CSP) di Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee.

Berbeza dengan sistem 4-dakwat biasa (warna CMYK) yang lebih sesuai untuk percetakan dokumen, PIXMA G570 dan PIXMA G670 turut didatangkan dengan set dakwat merah dan kelabu.

Dakwat merah tambahan menyokong gamut warna yang lebih luas untuk menghasilkan warna merah yang lebih kaya dari imej matahari tenggelam dengan warna merah seakan darah hinggalah warna merah berkilat pada kenderaan.

Canon PIXMA G670

Dakwat kelabu menyampaikan penghasilan warna yang stabil, mencegah warna untuk beralih apabila dicetak di atas jenis-jenis kertas foto yang berbeza. Memori mungkin pudar selepas beberapa lama, namun gandingan kertas foto Canon dan sistem 6-dakwat menghasilkan foto yang boleh bertahan sehingga 200 tahun dalam keadaan penyimpanan yang kondusif.

Seperti pencetak lain dalam siri G, pengguna juga boleh menikmati percetakan volum tinggi sehingga 3,800 helai cetakan 4×6” dengan satu set dakwat yang disertakan di dalam kotak.

Sama ada untuk perniagaan, rumah, atau penggunaan kreatif, pencetak baharu ini menghasilkan kualiti foto yang hebat tanpa perlu bimbang tentang kos percetakan.

Tingkatkan Produktiviti dan Mesra Alam Direka dengan mengutamakan kemudahan, pencetak ini boleh diselenggara dengan mudah sekali. Apabila paras dakwat pencetak rendah, pengguna hanya perlu memuatkan botol dakwat kalis tumpah yang unik ke dalam saluran masuk khas.

Ia akan mula mengisi semula tangki dakwat secara automatik dan berhenti sebaik saja penuh. G570 dan G670 juga menampilkan struktur modular dengan komponen boleh ganti, membolehkan pengguna menggantikan kepala pencetak dan katrij dengan mudah.

Hasilnya, reka bentuk pintar ini memastikan stesen kerja sentiasa kemas dan mengurangkan masa henti operasi untuk peranti.

Bagi pengguna yang prihatin terhadap alam sekitar, ciri penjimatan kuasa akan mematikan pencetak secara automatik selepas beberapa lama tidak aktif.

Apabila pencetak menerima sebarang arahan percetakan dari telefon pintar atau komputer riba, peranti ini akan terpasang secara automatik.

Percetakan Mudah Alih dan Diaktifkan Suara

Melalui aplikasi mudah alih Canon PRINT Inkjet/SELPHY, pengguna boleh mencetak dan mengimbas terus dari telefon pintar mereka, serta mengawal tetapan pencetak dan menerima maklumat peranti.

Untuk menghubungkan pencetak PIXMA G670 dan G570 ke rangkaian sosial dan penyimpanan cloud untuk percetakan dan pengimbasan jarak jauh, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan PIXMA Cloud Link.

Untuk pengalaman bebas sentuh, pencetak generasi baharu ini juga boleh digunakan dengan Pembesar Suara Pintar yang boleh dipadankan dengan Google Assistant dan Amazon untuk percetakan yang diaktifkan suara. Ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas secara efektif dan mencetak bermacam-macam jenis dokumen dari helaian mewarna dan origami, hinggalah kad ucapan dan senarai pembelian menerusi arahan suara.

Kreativiti dengan Aplikasi Perisian Yang Disertakan

Serlahkan potensi kreatif baharu dengan aplikasi Canon Easy-PhotoPrint Editor untuk platform iOS, Android OS, Windows dan Mac OS.

Ambil gambar kegemaran anda dan tukarkan ia menjadi cetakan yang bergaya dengan pelbagai templat yang disediakan untuk kalendar, poskad, kad perniagaan dan banyak lagi.

Selain itu, Canon PosterArtist Lite membolehkan pengguna profesional dan pengguna di rumah mencipta risalah dan poster yang menarik dengan mudah menggunakan 1,300 pilihan templat, foto dan clipart. Perisian PosterArtist Lite hanya boleh didapati untuk sistem operasi Windows.

 

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button